Jumaat, 16 Oktober 2009

umno






UMNO Perlu Bersikap Terbuka Dan Saksama

Kejatuhan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) memerintah Sabah (1985-1994) telah membuka ruang yang lebih luas kepada parti politik UMNO melebarkan sayapnya ke Sabah. Dengan kemasukan parti UMNO di Sabah
Februari 1991, telah membawa impak besar kepada situasi politik di negeri ini,terutama sekali dari segi sistem pemerintahan.
“Para pemimpin Kerajaan Pusat sering datang ke Sabah menghadiri majlis-majlis bersama-sama rakyat,jarang-jarang kita dengar memuji USNO, yang mereka sering puji ialah UMNO. Yang mereka sering puji ialah kepimpinan UMNO Sabah kerana berjaya mendapatkan ahli berjumlah 240,000 orang.”
“USNO tidak pernah disebut.Jasa dan pengorbanan USNO mengumpul 240,000 orang untuk menjadi ahli UMNO tidak disanjung dan dihargai. UMNO Sabah bersikap bongkak, jasa dan pengorbanan USNO yang besar itu tidak diingat.”
Pandapat dan pandangan ini telah dipetik daripada buku Kerajaan Campuran PBS-USNO ditulis oleh Abdul Malik Unar seorang penganalis politik Sabah.
Memang ada rasionalnya pendapat tersebut, kita lihat sahaja ramai daripada mantan pemuka USNO dahulu , setelah UMNO memegang tampuk pemerintahan di Sabah ramai yang berputih mata kerana tidak lagi diajak dan diberi peluang oleh para pemimpin UMNO berjuang bersama-sama untuk mengukuhkan,menegakkan dan membela maruah bangsa ,budaya dan agama bumiputera Islam.
Lihat sahaja sebagai contohnya tokoh pejuang USNO yang berkrisma iaitu Datuk Ismail Gimbad di daerah Kota Belud yang pernah dilantik Pembantu Menteri dalam kabinet Negeri Sabah pada tahun 1973.Ketua Menteri Sabah ketika itu Tun Datu Mustapha amat mempercayai dan menghormati beliau kerana jasa dan pengorbananyalah parti USNO di daerah Kota Belud itu telah mendapat sokongan rakyat terutama sekali dari suku kaum Kadazan Dusun ketika itu.Kini beliau dilihat seperti tersisih dan terpinggir dalam arus politik Kota Belud.Beliau jarang dipanggil dan dijemput dalam majlis-majlis resmi kerajaan apa lagi diberi pengharga mengenang akan sumbangan ke atas jasa dan perjuangan politiknya kepada masyarakat Kota Belud.

Disinilah kita dapat melihat betapa besarnya peranan UMNO Sabah seperti pergerakan Pemuda,wanita dan pergerakan Puteri terutama sekali daerah Kota Belud agar sentiasa mendakati rakyat.Rintihan dan keluh kesah rakyat terutama sekali golongan atas pagar atau kumpulan yang tidak mempunyai pendirian berpolitik.Golongan inilah merupakan golongan yang selalu mengancam,menjadi pendesak kerajaan dan menyimpan rasa dendam,rasa benci kepada parti UMNO.Lajimnya kumpulan ini amat gemar bermain api sinteman perkauman dan suka melafazkan luahan geram hati kepada para pemimpin veteran tak kisahlah dari parti manapun idealogi politiknya,mantan pegawai-pegawai kerajaan yang telah bersara dan ada juga dikalangan mereka ini mencucuk jarum propaganda membenci kerajaan di dalam rumah-rumah ibadat.Biasanya keluhan dan luahan tidak berpuashati ini tertumpu kapada soal dasar dan kepincangan pentadbiran kerajaan yang merangkumi soal politik,ekonomi, pendidikan ,social dan kebudayaan. Situasi begini jika diperhalusi dan diteliti secara telus sebenarnya isu berhubung dengan perkara seperti ini ada asas dan rasionalnya yang memerlukan perhatian sewajarnya dari pihak UMNO dan parti komponen BN yang lain.

Persepsi rakyat berhubung dengan sikap angkoh dan sombong segelintir pemimpin UMNO bukan cerita retorik yang sengaja direka-reka oleh musuh-musuh politik, tetapi ini adalah satu kebenaran dan kenyataan .Menyedari akan hakikat inilah, maka Presiden UMNO Dato Seri Najib dalam ucapan dasarnya dalam Perhimpunan Agung baru lalu ,telah menegaskan dan menekankan betapa pentingnya para pemimpin UMNO mendekati rakyat atau sentiasa turun padang menemuai penyokong akar umbi.

‘Saya ingin berpesan, jangan segan untuk turun ke bawah dan merapatkan diri dengan akar umbi sekalipun kita menyandang jawatan tinggi.Bak kata pepatah, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Malah rakyat akan membenci pemimpin yang memisahkan diri mereka, sukar didekati,apatah lagi pemimpin yang sombong dan bongkak. Mereka yang menunjukkan keiklasan dan merasai keseronokan memberi bakti kepada rakyat akan menjadi pemimpin yang disanjung’
Sebagai satu kesimpulan dan renungan kita bersama hayati pengertian Surah Al Maidah ayat lapan yang bermaksud bahawa Allah (SWT) menyeru kita, supaya menjadi orang yang berlaku adil, serta menegakkan kebenaran kepada semua kaum dan bangsa, kerana berlaku adil itu dekat kepada takwa.