Ahad, 15 November 2009

Janji Antara Dan Jaminan Menangani Isu-Isu Di Sabah

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Sabah 8-9 November 2009 mencatatkan beberapa kenyataan penting dan menarik menjadi renungan kepada rakyat Sabah. Sudah tentu apa yang diucapkan oleh Datuk seri Najib barangkali boleh dijadikan sebagai titik tolak dalam membincangkan beberapa isu-isu menarik dan hangat diperbincangkan oleh rakyat Sabah mutakhir ini.

Agenda lawatan Perdana Menteri mencatatkan peristewa penting dan mungkin menjadi bahan wadah sejarah kepada genarasi akan datang. Agenda menghadiri majlis perasmian mesyuarat Agung parti komponen BN-Parti Bersatu sabah (PBS) ke 24, perasmian Kongres Parti Liberal Demokratik (LDP) ke-20 di Ballroom One Borneo,dan perasmian Konvoensyen Nasional Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) 2009 d Dewan Pusat Kebudayaan Penampang itu telah mencetuskan anjakan idea-idea bernas yang menuntut gagsan pemikiran kearah pembangunan minda kearah memantapkan pembangunan ekonomi,sosial dan politik di negeri Sabah ini.

Lihat sahaja semasa gagasan pemikiran yang dicetuskan oleh Presiden PBS, Datu Johseph Pairan Kitingan ketika menyampaikan amanat penting semasa ucapan dasarnya dalam majlis perasmian Mesyuarat agung parti itu,melahirkan atau mezahirkan gagasan pemikiran yang mengandungi hasrat dan harapan daripada pendokong dan penyokong parti itu sendiri.Beberapa perkara penting yang dianggap keperluan mendesak bagi rakyat sabah telah dihujah dan dipohon oleh Presiden Parti PBS untuk pengetahuan dan pertimbangan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.

Keperluan mendesak yang dimaksudkan ini menyetuh perkara kearah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.Memperkasakan prasarana luar Bandar dan kawasan pendalaman iaitu kemudahan asas seperti bekalan air bersih,jalanraya dan elektrik.Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah dan pembasmian kemiskin tegar juga penyediaan perumahan kos rendah.Kerajaan juga diminta prihatin kearah mengurangkan kadar jenayah yang berkait rapat kehadiran Pendatang Tanpa Izin (PATI)

Permasalahan isu pendatang tanpa izin merupakan barah dalam daging bagi rakyat Sabah telah sekian lama diperbincangkan oleh kerajaan negeri dan persekutuan namun hingga kehari ini masalah itu gagal diatasi.Di manakah silap dan apa faktor utama meghalang usaha tersebut?Isu PTI di Sabah bertambah kronik apabila isu ini dipolitikan dan ada pihak tertentu membantu PTI ini mendapatkan dokumen Maykad dengan cara yang salah dan bertentangan dengan undang-undang di Negara ini.

Parti kompenan BN di negeri Sabah disarankan agar sentiasa peka dan bersatu dalam menangani isu demi masa depan warga bumiputera tulen negeri ini terus terbela, terkawal dan terpelihara. Jeteru itu Presiden UPKO Tan Sri Benard Giluk Dompok dalam Konvensyen Nasional 2009 mengulangi syor menubuhkan Suruhanjaya Diraja tangani PTI . Benard menyifatkan masalah PTI adalah isu utama di Sabah yang tidak pernah selasai dan perlu komitmen kerajaan untuk menyelasaikan masalah berlarutan.Masalah PTI perlu datasi secara tuntas kerana para pengundi sentiasa melihat dan menilai sejauhmana masalah ini diberi perhatian dan ditangani bersungguh-sungguh, bukan secara’body snatching’ atau tidak ditangani secara segera dan sewajarnya.

Parti UPKO juga mengetengahkan isu-isu lain yang boleh mengundang krisis nilai dan kepercayaan rakyat untuk terus meberi sokongan kepada BN iaitu isu istillah “Allah” dalam kitab Injil penganut Kristian dan isu merobohkan kuil Hindu yang diperjuangkan oleh Hindraf harus diberi perhatian utama kerajaan untuk menyelasaikan dengan penuh bijaksana,teloransi dan bertindak segera agar pihak pembangkang tidak mengeksploitasi situasi tersebut sebagai bahan isu siasah mereka.

Cabaran dan rintang Datuk Seri Najib dalam usahanya melayani kehendak dan gagasan pemikiran yang dilontarkan oleh setiap parti komponen BN di Sabah ini menuntut kebijaksanaan dan ketelitian. Lain parti lainlah pula kehendak dan kemahuannya dan disinilah kita melihat kecekapan dan kebijksanaan seorang ketua pemimpin Negara mengalas apa sahaja amanah disandarkan oleh rayat kepadanya untuk menerajui dan memacu Negara kearah kemajuan,cemerlang dan gemilang.Pemimpin Parti Liberal Demkratik (LDP) di pimpin Datuk Liew vui Kong dalam ucapan pada perhimpunan Agung LDP ke 20 menuntut pihak kerajaan agar member perhatian , layanan yang saksama , peka kepada kemahuan dan apirasi rakyat terutama sekali dari masyarakat keturun Cina di Sabah.Terdengar juga pandangan berani oleh Pegerakan Pemuda Parti LDP Chin Su Ying yang mencadangakan untuk menghadkan tempoh masa Ketua Menteri dan Menteri Kabinet negeri Sabah kepada tiga penggal sahaja atau maksimum 12 tahun sahaja.Rasional pandangannya ini ialah dengan alasan untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa dalam sistem pentadbiran kerajaan. Walaupun pendapat ini dianggap sebagai satu cadangan sahaja, namun ianya patut dilihat dalam persepektif lebih luas dan kehadapan kerana meyentuh tentang kredibiliti dan maruh seseorang pemimpin.

Demikianlah rentetan idea dan cadangan yang lahir dari gagasan pemikiran penuh makna, penuh harapan daripada para pemimpin politik komponen Barisan Nasional di negeri Sabah semuanya ini dilakukan menyahut desakan, permintaan,keinginan dan kemahuan seluruh rakyat Sabah tanpa mengira perbezaan fahaman siasah,bangsa, budaya dan agama .Permintaan rakyat yang disalurkan dan disampaikan oleh pemimpin-pemimpin yang dipilih menerusi sistem pilihanraya itu,bukanlah satu perkara mudah direalisasikan,ditunaikan dan dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penuh yakin dan bersemangat memberi jaminan bahawa Kerajaan Pusat akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan proses pembanguan di Sabah dan Sarawak selari dengan pembangunan yang ada di semanjung Malaysia.Beliau juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas Kabinet sebagai platform perbincangan berkaitan dengan isu masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.Datuk Najib juga berharap semoga apa yang dirancangkan ini akan mencapai kejayaan dan menghasilkan idea bernas sebagai garispanduan ke aras mencari penyelesaian bagi mengintegrasi masyarakat peribimi dalan usaha meperkukuhkan perpaduan dan pembangunan Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan